Wednesday, March 11, 2015

School Pride #4: Kisah Cinta Seorang Budak Sekolah Harian


Dah lebih sedekad aku meninggalkan zaman sekolah, tapi lepas terlayan video 4U2C- Fiona dekat Youtube, aku teringat infatuasi interracial pertama aku. Semuanya kerana Joe telefon Fiona tapi Fiona takda kat rumah. Aku terus teringat zaman sekolah where kami semua tak ada handphone dan betapa mencabarnya bila budak laki kena panggil telefon rumah untuk cakap dengan budak perempuan.

 
Tahun 1998, aku masuk sekolah menengah. Pada mulanya aku agak culture shocked, sebab dalam kelas aku ada 2-3 Melayu saja, lainnya Cina. Token Indian pun tak ada. That year, I had many firsts. First time bercakap dengan kawan-kawan dalam kumpulan lepas tu tetiba semua orang cakap dalam bahasa yang aku tak paham. First time dapat duit untuk beli makanan kat kantin sekolah dan juga first time tak payah bawak bekal cokodok pergi sekolah. First time jatuh cinta dengan seseorang yang bukan bangsa aku. Dan sebab benda-benda ni lah pada tahun tu, aku rasa grown up dan cool gila. Tahun tu gak aku tinggalkan infatuasi aku pasal Ultraman. Kalau 2 tahun sebelum tu aku excited sebab ada Ultraman Dyna, tahun tu aku start layan drama Spanish sebagai tanda aku dah dewasa.

 
Antara kawan yang pertama aku buat dalam kelas adalah seorang budak perempuan Cina. Kita panggil dia 'Candy'. Sebab nama sebenar dia pun lebih kurang camtu. Oh ya, kawan-kawan Cina aku biasanya pilih nama English atau Kristian diorang masa umur 12-13 tahun. Tapi yang hairannya, there are so many cool names to choose from, yet they'll go for Candy or Angel (nama macam hookers) atau Samantha, Andrew, Marcus (nama macam orang tua). Nama ni sampai tua kot? Macam tak senonoh nak panggil kau Candy masa kau 50 tahun.

 
Sebab aku dengan Candy ni selalu cakap masa cikgu tengah mengajar, cikgu suruh aku tukar tempat. Dia suruh aku dok depan dengan sorang budak laki ni yang aku akan panggil 'Lan' dalam cerita ni. Lan ni memang handsome. Budak-budak dalam kelas aku jokingly kasi dia nickname Snow White sebab he had really fair skin, red lips and dark, thick eyebrows. Memang pretty boy habis. Sebab tu gak bila lagu M2M- Pretty Boy kena released dua tahun kemudian, aku teringat si Lan ni. Sebelum masuk sekolah menengah, dia sekolah rendah kat SJKC and his Chinese roots were very strong. Side note: Kat sekolah aku, ada gak Cina yang tak reti cakap Cantonese/Mandarin/etc. We call them 'bananas' sebab kulit kuning, tapi isi putih (nampak je Cina, tapi perangai dan nilai semua Western). Melayu yang aku panggil 'coconut' pun ada. Kulit coklat tapi isi putih. 

 
Sebagai budak perempuan 13 tahun dengan low-self esteem, masa aku duduk sebelah Lan ni, aku malas nak cakap dengan dia. Satu, sebab dia handsome, dan aku selalu buruk prasangka orang handsome ni sombong and malas nak layan aku. Kedua sebab dia asyik cakap Cantonese saja dengan kawan-kawan dia, dan roots Cina dia strong, jadi aku ingat maybe dia tak nak kawan dengan aku sebab aku bukan Cina. Well, kat sekolah aku memang ada budak-budak yang nak kawan dengan bangsa sendiri je. 


Dipendekkan cerita, satu hari Lan turned to me and started talking, and sejak tu, kami tak pernah berhenti cakap every time we had the chance. Dia kelakar, charming and he spoke good English. Aku mula jatuh cinta dengan Lan ni sebab aku discover dia ni sebenarnya baik as well (well, aku kira sesiapa yang sanggup melayan aku pada umur tu, baik ah). He had a habit of staring into your eyes when we talked, and he had really beautiful brown eyes. I fell in love, and I fell hard.


13 years old is a terrible age to fall in love, by the way. Kau hormonal, kau horny and kau penuh dengan teenage angst. And kau incredibly stupid. Kau rasa misunderstood all the time, and the first guy who gets you, kau rasa, dia mesti soulmate kau.

 
We couldn't be more opposite, looks-wise and personality-wise. Aku generally pendiam, dia pulak jenis outgoing dan suka jalan-jalan cakap dengan orang lain dalam kelas. He looked like Snow White, I looked like.. I don't know what I look like. At 13, aku rasa aku hodoh gila lah sebab iklan-iklan selalu cakap I have all the wrong looks. Fair and Lovely cakap aku ni hitam and undesirable. Lepastu I felt like mata aku besar sangat (nampak lagi besar sebab orang kata aku kurus macam tengkorak masa tu), dahi aku luas sangat dan orang asyik kata aku ni kurus kering. Aku nak rasa seksi macam minah-minah dalam Baywatch, natang! 


Jadi bila satu hari ni Lan pandang mata aku lelama pastu cakap, "Your eyes are so big, you could get lost staring into them," aku rasa dah bersedia nak bagi semua duit kantin aku kat dia. Rasa je lah, tak bagi pun. Sejak hari tu, aku pandang cermin dan mula rasa, hey, maybe my eyes aren't that bad after all.


Bila dia datang ke kelas dan aku dah duduk kat tempat aku, first thing dia akan buat is sneak up belakang aku, tarik tali bra pastu snapkan. And every afternoon, aku akan toleh belakang, pandang dia dan senyum in return while he came to sit beside me. Daripada benci nak pergi shopping bra dengan mak aku, tetiba aku rajin. Aku start beli bra hitam. Mak aku keliru. "Hish, awat hang beli bra hitam ni? Macam perempuan jahat. Hang muda lagi, pakai bra putih or krim ja la!" Aku mula malas pakai camisole. Tiap-tiap minggu aku kena panggil dengan cikgu disiplin sebab tak nak pakai singlet atau camisole bawah baju kurung. Aku dah cakap, falling in love as a horny teenager makes you do stupid things.


Antara benda aku paling ingat is masa subjek Kemahiran Hidup, laki dengan perempuan ambik kelas asing-asing. Ada satu masa tu, perempuan kena belajar memasak, laki pulak, aku tak tau kena buat apa. Sebab Kemahiran Hidup kat sekolah aku, perempuan kena bertukang dengan belajar fix paip sink jugak. Jadi memula tu, cikgu Kemahiran Hidup ajar kami benda basic macam goreng telur. Budak-budak perempuan dah mula berbisik nak bagi telur goreng diorang kat budak laki dalam kelas yang diorang minat. Aku dengar ada a few budak perempuan dah niat nak bagi kat Lan. Kalau ikutkan hati, aku pun nak bagi aku punya kat dia, tapi siapalah aku. Aku pasang niat nak buat-buat tak kisah and makan telur goreng sendiri nanti. Tapi masa masuk kelas je, Lan terus datang kat aku and mintak nak makan telur goreng aku. Aku rasa flattered gila. Hari tu ada 6 orang bagi telur goreng diorang kat dia. He ate them all. As an adult, aku teringat balik and rasa the act of offering an egg by females and accepting an egg by males ni macam simbolik pulak. Hish, aku dok pikir dan taip benda ni pun rasa geli.


Sejak tu, semua benda yang aku masak masa Kemahiran Hidup, aku bagi kat Lan. Sialnya, aku belum jadi bini dia, aku dah masakkan untuk dia. Sebagai balasan, dia mengajar aku mencarut, bagaimana untuk panggil dia handsome dan cakap "I love you" dalam Cantonese.


Bila kami borak, selalu rasa cam tak cukup masa dan nak borak lagi. Kadang-kadang terpaksa stop sebab cikgu suruh diam. Kadang-kadang sebab aku kena pergi kelas Pendidikan Islam and dia kena stay kelas untuk Pendidikan Moral. Jadi satu hari, kami bertukar nombor fon rumah. Atas alasan nak tanya apa homework. Sejak dia dapat nombor fon aku, dia tak pernah lagi tulis apa homework. Malam-malam mesti dia akan call aku untuk tanya apa homework, pastu tukar topik. Tiap-tiap malam aku mengharapkan dia call time 8.30pm, masa bapak aku keluar solat Isyak. Fon rumah aku kat bawah, dekat ruang antara meja makan dengan ruang tamu, tempat semua orang lepak. Kira apa yang aku borak, mesti semua orang dengar. Penat jugak aku standby tepi fon supaya bapak aku tak angkat time dia call. Tapi mamat ni suka call time Maghrib, or tepat pukul 8 and kadang-kadang bapak aku pick up. Oleh sebab tu, aku dengan Lan selalu kena marah dengan bapak aku. Kalau bapak aku pick up, mesti dia akan tanya Lan, "Why do you need to speak to her? Who are you? How do you know her?" Ye lah, bapak mana yang tak suspicious kalau ada budak laki asyik fon anak dia yang umur 13 tahun. Dan benda ni lah yang buat aku teringat Lan balik masa tengok video 4U2C- Fiona tu.


But he kept calling me anyway, dan aku mula entertain the idea that maybe, just maybe, he liked me. Aku mula warning dia kalau nak fon tu, fon pukul 8.30pm. Pernah dua tiga kali dia teman aku jalan kaki balik rumah. Kat kelas, dia dok mula acah-acah ajak aku keluar tengok movie dengan dia la, main pool ngan dia kat satu mall dekat dengan sekolah kami. Tapi aku ni good girl habis. Bapak aku tak pernah kasi pergi wayang langsung or keluar malam. Dia risau aku hanky panky dengan laki dalam gelap. He had every reason to though. Kawan-kawan aku bila masuk umur 16 je dah start minum, clubbing dekat Zouk. I was relatively sheltered sebab bapak aku tak kasi aku buat almost everything masa sekolah. Selamat jugak dia kasi duit weekly allowance cukup-cukup untuk aku beli makanan kantin je. Tapi aku pernah lah pergi main pool dekat mall yang Lan ajak pergi tu. Budak-budak Form 1 sampai Form 3 suka lepak sana sambil minum beer, merokok and main pool. Aku main pool je. Tu pun dah rasa badass habis.


Selama si Lan ni dok ajak aku keluar berdua, aku tak pernah layan pun walaupun aku smitten habis dengan dia. Aku assume dia ajak-ajak ayam je and tengah bergurau sebab aku takut nak perasan. Bagi aku, cukup la aku dapat berborak dengan dia dan bertukar pendapat pasal everything. Dia ada je benda nak recommend kat aku. Lagu la, movies la. Walaupun masa tu aku tak ada access nak tengok movies (kat rumah pun tak ada VCR, VCD dan seumpamanya). Cukup jugak bagi aku untuk mengelamun pasal dia, cerita kat kawan-kawan aku pasal dia dan tengok gambar kelas bila aku rindu dia.

 
Jadi satu hari, entah kenapa, aku rasa berani sikit lalu aku tanya dia, "So, when are we gonna go out and play pool?" Lama gak dia diam. Walaupun dia suka cakap sambil pandang mata, kali ni dia tunduk. Finally, dia bersuara,

 
"I don't think we should. I mean, look at you and look at me. What would my friends say if I went out with a Malay girl?"


Hati aku berkecai. Aku rasa bagaikan Dwarf dalam The Birthday of the Infanta yang baru sedar how he looks like, and who he is. Aku kecewa sebab aku expected more of him, which is ridiculous, because he was 13 and so was I. Sebab aku tak pernah rasa bangsa ni barrier when all these while, it was all he could see. Sebab bagi dia, aku bukan an individual, but a race. Sebab dia tak suka aku as much as I liked him. 


Keesokan harinya dan hari-hari selepasnya, aku start pakai camisole balik ke sekolah. 


And that's it, folks, kisah ala-ala Sepet aku. Aku belajar pasal cinta ni kadang-kadang mengenal bangsa dan bagaimana sesetengah orang lelaki boleh buat kau jatuh cinta dengan diorang dan patahkan hati kau macam tu je. Pada umur 13. Jangan risau, it didn't put me off interracial dating or guys after that. Lan ada je ajak aku keluar dating again masa Tingkatan 4, dan aku cakap tak nak.



p.s.: Aku panggil dia Lan sebab dia ajar aku 'lan' tu maksudnya 'dickhead' dalam Cantonese. Dan aku suka mencarut guna perkataan 'solan' dan 'sohai' dulu. No hard feelings towards him though, I just thought it'd be funny to call him that.


p.p.s: Boleh baca tentang School Pride #1, #2 dan #3 di sini, sini dan sini.

7 comments:

Fauzan Ahmad said...

Zaman sekolah aku bosan gila. Budak lelaki bergaduh dengan budak perempuan sejak first year sekolah tu buka tahun 1997 (kami batch first), tapi akhirnya ramai juga yang kahwin antara classmate.

Tapi sebelum masuk sekolah tu, aku sempat sekolah harian sekejap. Aku pun hairan kenapa aku pakai bedak pergi sekolah, dan mengorat sorang budak tu. Hormon, hormon rupanya..

Apa pun, aku rasa zaman umur macam kita ni untung satu benda; boleh rasa transition dari segi teknologi telefon, internet etc etc.

Aku harap Magenta, kau suatu hari nanti akan tulis buku, atau novel. Sebab kau berbakat.

Anonymous said...

Hi Magenta..
Aku kot paling lambat wish..welcome backkkk...
Ko tau, aku tetap biarkan bookmark walaupun ko hilang tu, tapi dalam hati selalu berharap ko datang balik, haha..Kalo nk hilang bagitau dulu supaya aku leh ready..Aku suke cerita Crab...teehee..

Memang, memang kalau suka kat mamat mana2 ketika awal remaja adalah gila...kita sanggup buat benda yang kita tak jangka akan buat, tapi yang standard bebudak la kan..membiarkan ditarik tali bra adalah epik gila2...kakakaaaa...
Tapi sekarang bila dah besar, aku akan fikir dulu,ko betul ke suka or you just hormanal..kahkah..

Ko tau.aku penah jugak hadapi kemurungan yang ko rasa ko jatuh dalam gaung yang sangat dalam yang ko tau takde sapa leh tolong ko...nak cerita kat orang pon susah coz it's too painful. Cuma aku doa kat Allah, aku tau sekarang aku sangat sakit, tapi bagi aku sabar dan pelan2 bagi aku lepasi semua tu...masa akan menyembuhkan...cuma bagi aku kuat je...

Kadang aku macam boleh paham kenapa orang minum, amik drug malah yang commit suicide..sebab otak ko dah macam takleh terima dah...dia macam nk delete semua benda2 gila yang ko stress dan menakutkan tu tapi benda2 tu keep coming sampai ko takleh tido, dia macam running thoughts...Bila aku ingat keadaan tu sungguh aku takut ngn diri aku...

Aah..ape aku merepek pepanjang nih..
K magenta..keep on writing. Cheers (^_^)

RINDU

Izzati Abdullah said...

Hi magenta.
such a great entry.
Frankly speaking, kalau sy baca blog magenta ( selalunya sebelum tidur or sebelum publish entry- cari ilham) .. confirm , sy akan lost confident untuk menulis. Sebab tulisan sy tak berkualiti cam magenta and mungkin org tak suka. And I think I need to learn more from you . :) well done.

Anonymous said...

Love this entry! Although it didn't have a happy ending, it sort of reminded me of my own zaman sekolah menengah. The bitter sweet of it.. just that my crush ended up passing away just slightly after SPM :( Al fatihah..

magenta said...

Fauzan: Gaduh tu masa sekolah cara tunjuk suka haha. Tu je cara kita tau nak dapatkan perhatian orang. Hmm pasal tulis buku tu aku tak buat sebab malas yang teramat and aku suka tulisan aku free buat masa ni.

Anonymous: Hey better late than never! Thanks! Aku harap kau dah tak murung sekarang. I've been there too.

Izzati: Hey, don't ever feel like that please! Saya selalu cuba tulis untuk diri sendiri, sebab kalau saya cuba tulis untuk orang atau terlalu pikir pasal apa reaksi orang.. mesti saya tak dapat tulis langsung.

Anonymous: Thanks. Yeah, life doesn't always have a happy ending but that's okay. Al-Fatihah.

im a girl said...

Hola Magenta. (Fefeeling Western)

Magenta saya nak bgtau saya suka semua entry awak yang #School Pride.
Best kot.
Keep writing ya.

Adik said...

Just read it..teenage..it's the world..congrats cause bring the old flame..young ones..shouldn't be a fraid ..second congrats cause still uphold our malay tradition's..keep in touch sis..